Sunday, 17 February 2019

Percayakan Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul

Wajib atas tiap-tiap mukallaf percaya bahawa ada bagi Allah Taala beberapa banyak Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul yang ia jadikan mereka itu kerana memberi rahmat kepada alam mula-mulanya Nabi Adam dan kesudahannya ialah Nabi kita Muhammad ( صلى الله عليه وسلم ) . Maka jadi suatu kewajipan atas kita orang mukallaf mengetahui bilangan Rasul-rasul itu dengan jalan ijmal ( am ) iaitu bahawa kita beriktikad dan percaya ada bagi Tuhan beberapa banyak Nabi-Nabi dan Rasul yang tiada mengetahui bilangannya melainkan Allah Taala jua. Tetapi fardhu 'ain kita mengetahui dengan jalan tafsil ( satu persatu ) akan bilangan-bilangannya sebagaimana yang telah ada ketentuan di dalam Al-Quran maka wajiblah kita beriman kepadanya satu persatu sebanyak 25 orang. Adapun kehendak mengetahui seseorang dengan jalan tafsil ( satu persatu ) itu iaitu sekira-kira jika ditanya orang akan dia daripada tiap-tiap seorang daripada Rasul yang dua puluh lima orang itu nescaya dapat dijawabnya dengan bahawasanya ia Rasul ( bukan mahu dihafaz nama-namanya itu ). Maka nama Rasul yang 25 orang itu iaitu Adam, Idris, Nuh, Hud, Saleh, Ibrahim, Ismail, Luth, Ishak , Ya'qub, Yusuf, Ayyub, Syu'ib, Harun, Musa, Ilyasa', Zulkifli, Daud, Sulaiman, Ilyas, Yunus, Zakaria, Yahya, Isa dan Saidina Muhammad ( صلوات الله وسلامه عليه وعليهم أجمعين ). 

Perbezaan Mukjizat dengan Karamah

Yang dikatakan KARAMAH ( كرامة ) itu sesuatu perkara yang mencarikkan adat yang terbit dan berlaku daripada wali-wali. Maka Karamah itu tiada dipersertakan dengan mengaku Nabi tau Rasul. Bersalahan Mukjizat iaitu perkara yang menyalahi adat yang berlaku daripada mereka yang mendakwa dirinya Rasul.

17022019 Ahad - Blog Kitab Risalah Tauhid diwujudkan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah ... hari ini blog kitab Risalah Tauhid berjaya diwujudkan mudah-mudahan diberkati oleh Allah Taala.